fbpx

 

 

Bagi anda yang tercari- cari cara khatam al- quran dalam masa sebulan mungkin anda dalam kategori dibawah:

  • pernah khatamkan al- quran
  •  belum pernah khatamkan al- quran

Tak kisahlah anda pernah khatam atau pun tidak, pasti anda ada impian untuk habiskan bacaan 30 juzuk kan!

Jadi, saya akan bagi cara paling mudah dan senang untuk disiplinkan diri mengkhatamkan al- quran dalam masa yang singkat.

Dah sedia? Kalau sedia, bagus. Teruskan baca ye! 🙂

  1. Baca Setiap Waktu Solat
  2. Tadarus Secara Berkumpulan
  3. Dengar Bacaan Qari Dalam Audio
  4. Tasmi’ Di Hadapan Guru

1. Baca Setiap Waktu Solat

Sepertimana yang kita semua tahu, waktu solat dalam sehari ada 5 waktu. Katakan, satu hari nak baca 5 muka surat.

Jadi caranya, setiap kali habis solat, cuba baca 1 muka surat sahaja.

Kalau buat dengan kosisten, 1 hari memang boleh capai 5 muka surat. Ok, sekarang tukarkan limit harian untuk baca al- quran dari 5 muka surat kepada 20 muka surat sehari.

Macam banyak pulak nak baca kan? Sekarang cuba pecahkan 20 muka surat yang anda nak baca kepada 10 bahagian.

Setiap 2 bahagian dibaca pada setiap waktu solat. Anda perlu baca 2 muka surat sahaja sebelum solat dan 2 muka surat selepas solat.

Kalau nak mudah, solat berjemaah di surau atau masjid. Insyaallah akan mudah untuk laksanakan target tersebut sebab di masjid ada solat qobliyah dengan ba’diyah.

Dari situ je dah mudahkan anda untuk baca al- quran.

Satu lagi, di masjid ada suasana untuk melakukan ibadat berbanding di rumah. Paham ker paham?

Kalau 1 hari anda boleh habiskan 1 juzuk, cukup 30 hari anda dah khatam al quran 30 juzuk.

Yeay, Mesti best kan kalau dah capai target yang kita nak!

Tapi jangan hangat2 tahi ayam, mula2 je semangat dah sampai pertengahan semangat dah tak ada sebab ada gangguan.

Paling banyak gangguan adalah gangguan smartphone.

Macam mana nak elakkan gangguan smartphone?

Bukan mudah nak elakkan bila smartphone ada di tangan kan. Cuba offkan bila anda nak mulakan mengaji al- quran. Mungkin boleh membantu.

Teknik ini adalah cara khatam al- quran bagi golongan yang sibuk bekerja.

Boleh terus pergi poin no 2 sebab poin ni paling senang nak buat.

2. Tadarus Secara Berkumpulan

Mengaji al- quran dalam bentuk kumpulan atau kita selalu sebut tadarus sebenarnya sangat berkesan dan tidak memenatkan. Kaedah ini adalah salah satu cara khatam al- quran yang orang awam selalu gunakan dari dulu lagi.

Konsep tadarus adalah salah seorang akan baca muka surat tertentu dalam al- quran secara bergilir dan yang lain akan semak bacaan.

Di masjid biasanya akan buat tadarus al- quran selepas solat subuh yang akan dipimpin oleh imam atau ustaz jemputan.

Ada masjid tertentu adakan slot tafsir al- quran dan tadabur supaya jemaah dapat ilmu tambahan di samping baca al- quran.

Tapi tadarus dekat masjid tidak buat satu juzuk sekali pertemuan melainkan pada bulan ramadhan.

Cadangan saya buat satu kumpulan tadarus sendiri dan berpakat masing- masing untuk buat bacaan tadarus satu hari 10 helai atau 20 muka surat.

Kalau ahli kumpulan tadarus ada 5 orang, setiap orang akan baca sebanyak 4 muka surat untuk sekali pertemuan.

3. Dengar Bacaan Qari Dalam Audio

Sekarang zaman digital. Banyak apps di playstore yang menyediakan al- quran digital beserta audio dari qari- qari ternama. Antaranya Sheikh Masyari Al- Afaasi, Sheikh Saad Al- Ghamidi dan Sheikh Shuraim.

Untuk cari apps al- quran digital yang mempunyai features yang menarik dan memudahkan, saya recommend anda download “Quran for Android”. Selepas itu, install. Boleh tengok gambar di bawah ini untuk rujukan.

Kemudian, anda boleh buka apps tersebut. Anda boleh pilih mana- mana qari untuk baca ayat yang dipilih, dan sambil anda dengar qari tersebut membacakan ayat al- quran, anda juga boleh baca bersama. Untuk lebih jelas lagi kualiti suara, pasangkan earphone di smartphone anda.

Alang- alang dah ada al- quran dalam smartphone, tak ada alasan untuk kata tak ada masa nak baca al- quran.

Sambil berdiri boleh baca al- quran 4 muka surat. Sambil duduk boleh baca al- quran 4 muka surat. Sebelum tidur boleh baca al- quran 2 muka surat. Selepas solat boleh baca al- quran 10 muka surat(1 waktu solat 2 muka surat). Cuba kira jumlah muka surat. Cukup 20 muka surat kan? 30 hari dah tamat 30 juzuk al- quran. Yang penting istiqamah ye.

4. Tasmi’ Di Hadapan Guru

Kaedah paling terakhir yang saya nak kongsikan adalah semak bacaan di hadapan guru. Bahasa lainnya orang sebut tasmi’.

Dengan adanya guru, anda akan lebih cenderung dan bersemangat untuk baca al-quran selain membetulkan tajwid dan makhraj huruf.

Masa diperuntukkan untuk habiskan 1 juzuk kebiasannya antara 1 jam hingga 3 jam mengikut kemampuan masing- masing dan jumlah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.

Macam Mana Saya Nak Cari Guru Al- Quran?

Berkenaan guru al- quran, ada ramai ustaz dan ustazah yang menyediakan khidmat mengajar al-quran di luar sana dan kadar yuran pula berbeza atas setiap guru tersebut.

Zaman sekarang,sangat mudah untuk cari tempat mengaji al-quran. Boleh dikatakan pusat mengaji al-quran sudah ada di setiap kawasan bandar.

Moga perkongsian ini dapat dimanfatkan kepada orang lain.